Nicki Minaj batal konsert, sebab wanita dan LGBT - Utusan Malaysia

Nicki Minaj batal konsert, sebab wanita dan LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 10 Julai – Penyanyi rap, Nicki Minaj membatalkan persembahannya di Arab Saudi pada minggu depan sebagai sokongan kepada hak wanita dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Lapor BBC, Minaj memberitahu, selepas menilai dengan teliti, dia memutuskan untuk tidak meneruskan konsert dijadualkan di Jeddah World Fest.

“Saya percaya bahawa penting untuk menjelaskan sokongan kepada hak wanita dan komuniti LBGT serta kebebasan ekspresi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persembahan Minaj dalam sebuah festival di Jeddah telah mencetuskan kemarahan pengkritik-pengkritik.

Ada yang mempersoalkan bagaimana pakaian mendedahkan dan lirik yang eksplisit akan didengarkan di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini