Nelayan hilang di perairan Pantai Emas ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Nelayan hilang di perairan Pantai Emas ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Emas di sini semalam ditemukan lemas kira-kira pukul 4.30 petang hari ini.

Mayat Sapuan Saiman, 60, dijumpai terapung oleh nelayan kira-kira 100 meter daripada lokasi botnya ditemukan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan Sapuan keluar dari rumah pada pukul 6.00 pagi untuk menangkap ikan dan sepatutnya kembali ke jeti pada pukul 8.00 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, dia tidak pulang dan orang kampung hanya menemukan botnya dengan enjin masih hidup,” menurut kenyataan itu.

Mayat Sapuan dihantar ke Hospital Kota Belud dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini