Negara penggerak Bank Koperasi Asia dimuktamad, modal RM416 juta - Utusan Malaysia

Negara penggerak Bank Koperasi Asia dimuktamad, modal RM416 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 17 Julai – Negara yang bakal menjadi penggerak kepada penubuhan Bank Koperasi Asia berjaya dimuktamadkan hasil perbincangan koperasi negara ASEAN menerusi kerjasama ASEAN Co-Operative Organization (ACO).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan bank tersebut telah dipersetujui dan bakal bertapak di salah sebuah negara Asia.

“Ianya bukan di Malaysia, saya tak nak sebut nama negara tersebut. Tetapi kita dah bincang dan salah satu negara dalam Asia dah setuju untuk berikan lesen kepada Bank berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi modal permulaan pula berjumlah USD$100 juta (RM416 juta). Bank ini juga akan buka simpanan deposit dalam kalangan gerakan dan ahli koperasi yang akan diberi kemudahan pembianyaan,” katanya dalam satu sidang akhbar sempena lawatan kerja bersama Coorperative League of Thailand (CLT) di Auditorium Angkasa, di sini hari ini.

“Selain daripada rakan strategik, bank ini akan buka simpanan deposit dalam kalangan gerakan koperasi dan ahli koperasi sekali gus akan dapat kemudahan pembiayaan.

“Yang penting ianya seratus peratus patuh syariah dan manfaatnya kita nak bagi kemudahan kepada seluruh ahli-ahli koperasi di rantau Asia,” jelasnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini