Nak kurus, makan satu genggam! - Utusan Malaysia

Nak kurus, makan satu genggam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Penampilan penyanyi Siti Sarah yang semakin anggun dan langsing, mencuri perhatian peminat dan warga maya.

Meskipun kini mempunyai tiga anak, isteri Shuib Sepahtu ini tetap kekal menjaga bentuk tubuh agar kekal menarik.

Jelas Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 35, dia sangat menjaga setiap pemakanan yang diambil demi menjaga kesihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang menjaga makan tapi bukan untuk kurus semata-mata. Pemakanan yang kita ambil harus dijaga dan tengok jenis makanan itu.

“Kita mana boleh tak makan. Kalau tak makan, matilah. Jadi makan pun dengan kuantiti yang betul.

“Macam saya, makanan tu tak boleh lebih daripada satu genggam tangan. Tapi janganlah ambil makanan seperti kek semua tu dalam satu genggam. Itu salah,” ujar Sarah.

Tambah Sarah, disiplin memang harus dijaga di samping membuat sedikit aktiviti senaman.

“Saya hanya minum air setengah jam selepas makan. Kalau kata masih tak kenyang, saya makan juga tapi tetap tak lebih dari satu genggam tangan.

“Disiplin kena ada juga walaupun kita tengah makan. Nak cantik pun bukannya senang kan,” kata Sarah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini