Naik taraf taman tasik ditangguh - Utusan Malaysia

Naik taraf taman tasik ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Penutupan Taman Tasik Sri Rampai di sini bukan sahaja menjejaskan akti-viti riadah penduduk setempat tetapi turut memberi kesan kepada peniaga di medan selera berhampiran.

Peniaga di Medan Selera D’Tasik mendakwa sejak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan kerja-kerja menaik taraf taman tasik itu bermula 20 Ogos tahun lalu, perniagaan mereka sema-kin merosot kerana kekurangan pelanggan.

Bagaimanapun, mereka tetap bertahan dan bersabar memandangkan kerja-kerja naik taraf itu telah dijanjikan siap serta dibuka kepada orang ramai pada 26 Mei lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun sejak sebulan lalu kerja-kerja pembinaan dan naik taraf di tapak berkenaan telah dihentikan.

 

Utusan Malaysia difahamkan, tempoh projek itu terpaksa dilanjutkan oleh DBKL sehingga 19 Ogos ini disebabkan perubahan pelan dan penambahan struktur kemudahan di taman itu keselesaan orang awam.

Penukaran tarikh baharu itu dibuat selepas hari raya lalu dan terdapat penambahan dari segi mencantikkan landskap dan pembinaan laluan pejalan kaki.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati kerja-kerja di tapak telah dihentikan dan tidak kelihatan kenderaan berat keluar masuk mahupun pekerja di tapak ber-kenaan.

Rata-rata peniaga dan penduduk yang ditemui berharap DBKL dapat menyiapkan projek tersebut dengan segera bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti riadah seperti sebelum ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa tempatan itu punca kelewatan projek tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini