Murid jatuh bas: PPD diarah sediakan laporan menyeluruh - Utusan Malaysia

Murid jatuh bas: PPD diarah sediakan laporan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Julai – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang, Kelantan, telah diarahkan untuk menyediakan laporan menyeluruh, berhubung insiden murid maut terjatuh daripada bas dengan kadar segera.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan berdukacita dengan kematian murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang, Wan Mohammed Adam Mohd Suria, ketika dalam perjalanan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri bengkel bahasa Inggeris.

Berdasarkan maklumat awal, katanya murid berkenaan dikatakan terjatuh dari lubang hadapan bas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan kejadian itu, Maszlee dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan semua PPD untuk memastikan program-program yang melibatkan pergerakan murid sentiasa mematuhi segala peraturan ditetapkan.

“Kementerian tidak sesekali akan berkompromi dengan keselamatan murid dan hal itu sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Katanya, kementerian telah mengarahkan beberapa tindakan awal diambil, termasuk mengarahkan pihak sekolah membantu pengurusan jenazah dan menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM1,000 kepada keluarga mangsa.

“Mana-mana pihak yang didapati melakukan apa-apa kesalahan berkaitan akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya, sambil menambah kes itu masih dalam siasatan polis.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini