Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis solat sembah bulan - Utusan Malaysia

Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis solat sembah bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Mufti Perlis Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan.

Beliau berkata, solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah SWT.

“Solat sunat gerhana bulan dan matahari telah sekian lama dilakukan oleh umat Islam sebagai ikutan sunnah Nabi Muhammad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam daripada membuat tuduhan tidak menentu sedangkan solat sunat yang dibuat semasa berlaku gerhana bulan pada pukul 4.01 pagi 17 Julai lalu adalah untuk mengajak rakyat Perlis beramai-ramai solat sunat gerhana,” tegasnya dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Perlis menganjurkan solat itu secara serentak di 15 masjid di seluruh negeri diikuti bacaan khutbah khas mengenai gerhana bulan oleh imam-imam jemputan.

Asri berkata, tohmahan sedemikian pernah dilemparkan oleh mereka yang memperlekehkan Pejabat Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) ketika menganjurkan solat jemaah beramai-ramai minta diturunkan hujan beberapa tahun lalu.

Program itu diadakan di pekarangan Istana Arau tetapi ada pihak yang tidak faham bertanya kenapa solat dilakukan di atas padang sedangkan di Perlis terdapat banyak masjid. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini