MTEM pertikai penjelasan Kementerian Kewangan - Utusan Malaysia

MTEM pertikai penjelasan Kementerian Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mempertikai penjelasan Kementerian Kewangan berkenaan keputusan untuk membayar premium 25 peratus untuk membeli pemilikan Gamuda Bhd. di dalam beberapa lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman membidas hujah Kementerian Kewangan mengenai perbelanjaan sebanyak RM6.2 bilion adalah wajar kerana pendapatan besar akan diraih daripada caj kesesakan semasa waktu sibuk.

Katanya, ini kerana, lalu lintas Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint Expressway) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) milik Gamuda menurun sejak 2016 walaupun populasi Lembah Klang kian meningkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sprint Holdings malah mencatatkan kerugian bagi tiga tahun berturut-turut dan menjadi liabiliti yang semakin berat kepada Gamuda.

“Penurunan penggunaan lebuh raya berkenaan susulan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan pengenalan Kad RapidKL RM100 tanpa had,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini