MSN percaya kemampuan DNA Bola Sepak Malaysia - Utusan Malaysia

MSN percaya kemampuan DNA Bola Sepak Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail optimis corak permainan ala Malaysia atau ‘Cara Malaysia’ dapat diterjemahkan menerusi DNA Bola Sepak Malaysia yang dilancarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.

Ahmad Shapawi berkata keberkesanan DNA itu yang dirangka khas, demi memastikan kemajuan bola sepak negara bergerak seiring dengan perkembangan bola sepak moden dunia, akan dapat dilihat sepanjang tempoh menjelang 2030.

“Kita ada kurang daripada 12 tahun menuju 2030 dan kumpulan terbesar yang akan bersaing ataupun mewakili Malaysia pada waktu itu datangnya daripada pemain NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) ataupun di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maknanya secara tidak langsung apa telah disediakan (DNA) hari ni, akan memberi satu kesan kepada prestasi keseluruhan pasukan kebangsaan pada 2030,” katanya ketika ditemui pada Karnival Bakat Kebangsaan Siri Satu di MSN di sini, hari ini.

Beliau turut yakin sasaran untuk melahirkan pemain yang membawa DNA tersebut pada 2030, selaras dengan kemuncak Peta Hala Tuju FAM F:30, dapat direalisasikan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini