DARI jarak 30 meter, satu rembatan deras seorang pemuda Malaysia menerjah gawang England B. Tertewas penjaganya, Joe Corrigan lantas disambut sorakan, “goooool!” oleh lebih 30,000 hadirin Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tarikhnya 30 Mei 1978 dan minit ke-32 perlawanan persahabatan itu merakamkan gol emas yang menyamakan keputusan 1-1 selepas pelawat bimbingan (mendiang Sir) Bobby Robson mendahului menerusi Alan Kennedy pada minit ke-14. Pencipta gol itu hanyalah penyerang amatur sedangkan lawan dibarisi…









