Mohd. Sayuthi rasmi Kejohanan Boling Liga Piala Datuk Bandar - Utusan Malaysia

Mohd. Sayuthi rasmi Kejohanan Boling Liga Piala Datuk Bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kejohanan Boling Liga Piala Datuk Bandar Petaling Jaya edisi ketiga 2019 membuka tirai pada 27 Jun lalu yang menyaksikan sebanyak 24 pasukan bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM120,000.

MBPJ dalam kenyataan di sini berkata, kejohanan yang diadakan di Wangsa Bowl @ One Utama, Petaling Jaya Selangor itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Sayuthi Abu Bakar.

Katanya, setiap pasukan akan bertanding pada setiap Khamis selama 25 minggu atau enam bulan yang dijangka berakhir pada 19 Disember ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juara pertandingan akan membawa pulang RM10,000 bersama piala pusingan serta piala iringan diikuti naib juara (RM6,000) bersama piala iringan manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM4,000.00 bersama piala iringan.

“Bagi tempat keempat hingga ke-26 pula masing-masing akan menerima hadiah saguhati berbentuk wang tunai dan baucer,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini