MMC setuju tawaran pengambilalihan SMART - Utusan Malaysia

MMC setuju tawaran pengambilalihan SMART

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MMC Corp Bhd. (MMC) bersetuju menerima tawaran pengambilalihan terowong SMART oleh kerajaan bernilai RM184.5 juta.

MMC memiliki 50 peratus kepentingan dalam Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART), pemilik konsesi tol bagi terowong berkenaan.

Rakan kongsi MMC dalam projek tersebut, Gamuda Bhd., telah menerima tawaran kerajaan pada 27 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penerimaan tawaran itu tertakluk kepada pemudahan terma dan syarat perjanjian muktamad yang akan dilaksanakan,” kata MMC dalam satu kenyataan dengan Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini