LONDON – Seorang saintis BBC mendakwa misi ke bulan oleh kapal angkasa Apollo 11, 50 tahun lalu, adalah ‘tidak berbaloi’ daripada pandangan sains dan teknologi.
Daily Mail melaporkan, James Burke, yang membuat liputan pendaratan ke bulan pada 1969 berkata, misi itu juga tidak membawa manfaat kepada Bumi.
Namun beliau menegaskan, Apollo telah memajukan seni ‘pengurusan dan organisasi’.
Bercakap kepada Radio Times, Burke, 82, berkata: “50 tahun, adalah ini berbaloi? Bukan untuk sains dan teknologi. Bagaimanapun, projek itu sebahagian daripada perlumbaan senjata yang akhirnya memusnahkan Kesatuan Soviet.”
Menurutnya, untuk tempoh 50 tahun ini, majoriti penduduk dunia melihatnya hanya sebagai sejarah.
Burke juga berkata, tidak mungkin Barat akan kembali ke bulan.











