Mihajlovic akan terus berjuang lawan penyakitnya - Utusan Malaysia

Mihajlovic akan terus berjuang lawan penyakitnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jurulatih Bologna, Sinisa Mohajlovic berjanji mahu memenangi pertarungan dalam pergelutan dengan masalah kesihatannya apabila mengumumkan akan mendapatkan rawatan penyakit leukemia.

Pengendali berusia 50 tahun itu yang membimbing kelab sejak Januari lalu berkata, penyakitnya itu dikesan sebelum aksi pra musim bermula.

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan Yugoslavia itu akan terus membimbing kelab Serie A berkenaan sepanjang proses mendapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya banyak menangis sepanjang hari namun saya tidak mahu orang lain menjadi simpati ke atas saya.

“Saya akan pulih sepenuhnya nanti,” katanya.

Sepanjang karier sebagai pemain Mihajlovic pernah beraksi bersama Roma, Sampdoria, Lazio dan Inter Milan.

Sementara itu, Presiden Bologna, Joey Saputo berkata, dia dapat merasakan bahawa Mihajlovic mampu untuk kembali pulih dan berupaya melawan penyakitnya itu.

“Sudah tentu berita mengenai penyakitnya itu membuatkan kami semua terkejut.

“Saya kenal Mihajlovic, dia seorang yang tidak mudah untuk mengalah dan dia akan kekal sebagai jurulatih pasukan ini,” kata Saputo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini