MH17: Kerajaan terus cari dalang - Utusan Malaysia

MH17: Kerajaan terus cari dalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Julai – Kerajaan akan terus mencari dalang insiden pesawat MH17, pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine lima tahun lalu dan mengorbankan 298 orang.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan memaklumkan, komitmen berterusan itu adalah bagi memastikan keadilan kepada mangsa-mangsa insiden berkenaan.

“Malaysia akan terus bekerjasama dengan anggota-anggota pasukan penyiasatan bersama (JIT) yang lain, negara-negara lain yang terlibat serta masyarakat antarabangsa dalam memaklumkan perkembangan berkaitan kepada pihak keluarga bagi mencari akauntabiliti dan keadilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak syak lagi, setiap anggota keluarga yang terjejas oleh tragedi ini patut diberi keadilan. Kami amat berharap ini akan membawa ketenangan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Hari ini genap tahun kelima peristiwa tragis pesawat MH17 yang ditembak jatuh berhampiran Hrabove, sebuah kampung di timur Ukraine sehingga mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia yang menaiki pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menambah, anggota-anggota keluarga mangsa terlibat diharap diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

“Kita akan tetap tegas dalam usaha kita dan akan menjalankan segala usaha sehingga keadilan dapat diperoleh,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini