Messi bidas kualiti pengadilan - Utusan Malaysia

Messi bidas kualiti pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Lionel Messi membidas kualiti pengadilan perlawanan separuh akhir Copa America yang menyaksikan Argentina tewas kepada tuan rumah, Brazil.

Jaringan Gabriel Jesus dan Roberto Firmino membolehkan Selecao mengatasi Argentina 2-0.

Bagaimanapun, Argentina memiliki dua percubaan yang menerja palang menerus Messi dan sergio Aguero selain dua permintaan penalti yang dinafikan.

Nicolas Otamendi diterjah keras oleh Arthur semasa sepakan penjuru diambil dan Aguero dijatuhkan Dani Alves dalam perlawanan itu sebelum Firmino mengesahkan kemenangan Brazil.

Messi merasakan Argentina layak diberikan dua sepakan penalti dengan pengadil perlawanan bertindak untuk tidak menyemak semula Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi kedua-dua insiden itu.

“Mereka bukan lebih baik daripada kami. Mereka menjaringkan gol awal dan jaringan kedua hadir daripada sepakan penalti yang seharusnya diberikan kepada Aguero tetapi dinafikan.

“Mutu pengadil sangat teruk, mereka tidak melihat VAR dan itu sangat mengagumkan.

“Semua perlawanan lain pengadil melihat VAR. Semasa terjahan pertama berlaku, sudah dijangka mereka memberi kelebihan kepada Brazil.

“Ini bukan alasan untuk kami tetapi kami perlu menilai semua ini dan berharap ia tidak akan berulang lagi,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×