Menteri ulangi jaminan PR1MA Rantau siap tahun depan - Utusan Malaysia

Menteri ulangi jaminan PR1MA Rantau siap tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau, Negeri Sembilan dijamin siap Mei tahun depan, walaupun kerja-kerja pembinaan projek tergendala susulan kontraktor gagal membayar gaji pekerja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengulangi jaminan tersebut berkata, masalah projek perumahan itu berada dalam senarai utama untuk diselesaikan oleh kementerian dan pihak pengurusan PR1MA.

“Mereka (pihak pengurusan PR1MA) sepatutnya akan bertemu dengan saya bagi menjelaskan jalan penyelesaian di Rantau minggu ini dan dijangka pada minggu depan mereka akan menyelesaikan masalah tergendala yang berlaku di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PR1MA di Rantau akan menjadi keutamaan pertama untuk diselesaikan. Keutamaan pertama adalah projek yang berada dalam senarai risiko dan pendedahan jadi kami perlu menguruskannya sama ada dalam proses membuat pembayaran dan urusan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Persidangan Hartanah Hi Home 2019 di Kelab Tasik Diraja, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Zuraida yang juga Naib Presiden PKR diminta mengulas mengenai sekumpulan pembeli PR1MA di Rantau yang menuntut penjelasan mengenai projek perumahan itu yang didakwa dihentikan oleh kontraktor.

Keadaan tersebut menimbulkan kekhuatiran kepada pembeli yang rata-ratanya sudah mula membuat pembayaran ansuran bulanan pinjaman kepada pihak bank selain terpaksa pula membayar sewa rumah yang sedang diduduki ketika ini yang tentunya menambahkan beban kewangan mereka.

Pada April lalu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berjanji projek perumahan itu akan diteruskan dan siap pada Mei tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini