SANTAI. Seramai 80 petugas media pelbagai agensi diraikan pada Majlis Aidilfitri Bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh baru-baru ini.
Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan para petugas media yang banyak memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Dalam ucapannya, Ahmad Faizal berkata, beliau mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan media yang kebanyakannya dikenali sejak mula menceburi bidang politik.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Walaupun kita selalu berjumpa semasa tugasan tetapi ruang untuk bermesra terhad, lantas kita anjurkan majlis ini yang berlangsung dalam suasana santai,” kata beliau.











