SETELAH tidak henti-henti berdoa, pernahkah anda merasakan doa seperti tidak diterima oleh Allah, malah pelbagai ujian pula menimpa?

Sedangkan Allah berjanji dalam firman-Nya bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, pasti akan aku kabulkan doamu.” (al-Mukmin: 60)
Di manakah salahnya? Berikut senarai semak mengapa doa sering dirasakan terhalang atau tidak dimakbulkan oleh Allah:
1- Lalai ketika berdoa
2- Tidak bersungguh-sungguh berdoa
– Sabda Rasulullah maksudnya: “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin diperkenankan. Ketahuilah Allah tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh.” – Riwayat Tirmizi
3- Kurang yakin doa bakal dimakbulkan
4- Tidak berselawat
– Sabda Rasulullah maksudnya: “Setiap doa itu terhalang sehinggalah diucapkan selawat ke atas Nabi SAW.” – Riwayat al-Dailami
5- Perbelanjaan hidup daripada sumber haram
6- Cepat berputus asa
7- Melakukan syirik
– Sabda Rasulullah maksudnya: “Ada orang berdoa bersungguh-sungguh, tetapi pada masa sama dia berikhtiar dengan usaha syirik seperti berjumpa bomoh, memakai tanggal, berdoa di kubur dan sebagainya. Sesiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanyakan sesuatu perkara, kemudian dia membenarkan kata bomoh itu, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.” – Riwayat Muslim
8- Tidak merendah diri ketika berdoa
9- Kurang beradab ketika berdoa
10- Memutuskan silaturahim
Walau bagaimanapun, jika doa tetap tidak dimakbulkan, yakinlah bahawa Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kita.
* SUMBER Majalah al-Ustaz











