Melaka Durian Street terus jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Melaka Durian Street terus jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penggemar durian boleh menikmati raja buah itu melalui Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di karnival ‘Melaka Durian Street’ di Jalan Klebang Utama 2, Melaka yang telah bermula sejak semalam hingga esok.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka memaklumkan, pihaknya menawarkan empat jenis durian yang didatangkan khas dari empat buah negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Kami menawarkan harga durian bermula dari RM7 sekilo yang mana semua durian ini dijamin berkualiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat juga jualan ‘happy hour’ yang menawarkan harga serendah-rendahnya kepada pengunjung bertuah pada setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, terdapat pelbagai aktiviti menarik di sepanjang karnival itu yang berlangsung bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu.

“FAMA Melaka juga menawarkan hadiah misteri kepada pengunjung yang berjaya meneka jenis pokok durian,” menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai turut berpeluang membeli durian jenis D13, D18 dan IOI dengan harga RM16 sekilo secara dalam talian di portal Agrobazaar di www.agrobazaar.com.my/web/ – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini