KUALA LUMPUR – Sekolah rendah di seluruh Selangor dipelawa menyertai pertandingan Action Song anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang akan diadakan pada 7 Ogos ini.
MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan bertempat di Dewan Sivik pihak berkuasa tempatan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik dan sijil penghargaan kepada pemenang.
“Sekolah yang mempunyai pasukan nyanyian Action Song dipelawa untuk menyertai program pertandingan ini. Penganjur akan memilih 12 kumpulan terbaik untuk berentap di pentas pertandingan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pertanyaan lanjut mengenai pertandingan Action Song ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-77812775 (Hanum),” katanya. – UTUSAN ONLINE











