Mayat warga Indonesia ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Mayat warga Indonesia ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Mayat seorang lelaki yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Semantan di sini kelmarin ditemukan pagi ini oleh pasukan bomba dan menyelamat.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mayat mangsa, Zulfikar Zakaria yang merupakan warga Indonesia ditemukan kira-kira pukul 8.35 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter daripada kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan pekerja ladang getah dilaporkan hilang petang kelmarin selepas ke Sungai berkenaan untuk menjala ikan.

Menurut seorang saksi, mangsa dilihat meminta tolong sebelum terkapai-kapai dan hilang di dalam sungai berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini