Mat Nadzari tekad jadikan UMNO kembali di hati rakyat - Utusan Malaysia

Mat Nadzari tekad jadikan UMNO kembali di hati rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 5 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri baharu, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan bertekad untuk membawa satu pendekatan baharu supaya parti itu kembali dihargai semula.

Mat Nadzari ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kepercayaan terhadapnya untuk memimpin UMNO Selangor.

“Insya-Allah kita akan sedaya upaya memenuhi harapan beliau supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih didekati oleh ahli dan juga orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga akan melakukan mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Terdahulu, dalam mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong dekat sini, Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Mat Nadzari sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baharu dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai Timbalan Pengerusinya.

Turut diumumkan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis manakala Datuk Zahidi Zainul Abidin pula kekal sebagai Timbalan Pengerusi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini