Masyarakat perlu jadi tunjang keharmonian hubungan antara kaum - Utusan Malaysia

Masyarakat perlu jadi tunjang keharmonian hubungan antara kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 19 Julai – Masyarakat di negeri ini perlu komited untuk menjadi nadi dan tunjang keharmonian hubungan antara kaum bagi memastikan nikmat perpaduan dapat dikecapi sehingga ke generasi akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri memberi penekanan serius terhadap aspek perpaduan antara kaum di negeri ini.

“Saya percaya apabila berlaku integrasi kaum ia mampu memupuk semangat perpaduan, keharmonian pelbagai kaum dan cintakan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain ia juga dapat memupuk semangat hormat-menghormati, memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam (amp) Bermesra Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di sini.

Aminuddin berkata, kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah kerajaan untuk semua rakyat di negeri ini dan berfikiran terbuka serta menghormati semua kebudayaan dan adat resam setiap kaum di Negeri Sembilan.

Tambahnya, Majlis Gabungan Pertubuhan India Negeri Sembilan melalui persatuan di bawah gabungannya sering menganjurkan pelbagai program kebajikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.

“Usaha baik ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana memberi kebaikan kepada masyarakat selain berharap mahu melihat Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan agar lebih makmur, maju dan rakyatnya sentiasa bersatu padu,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini