PUTRAJAYA 16 Julai – Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Luar Biasa Open-Ended Executive Committee Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri-Menteri Luar Negara di Jeddah, Arab Saudi esok.
Menurut Wisma Putra, Mesyuarat Luar Biasa ini akan membincangkan isu pencerobohan Israel di Al-Quds Al-Sharif.
“Marzuki akan menyampaikan kenyataan negara pada mesyuarat tersebut. Satu kenyataan akan dikeluarkan pada penghujung sesi ini sebagai dokumen hasil mesyuarat,” jelas Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini.
Tambah Wisma Putra, penglibatan Malaysia dalam mesyuarat itu membuktikan sokongan negara kepada rakyat Palestin dan OIC dalam perjuangan Palestin untuk mengakhiri penjajahan Israel di wilayah tersebut sejak tahun 1967. – UTUSAN ONLINE











