Mangsa rogol exco trauma - Utusan Malaysia

Mangsa rogol exco trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada exco kerajaan negeri Perak kini berada dalam keadaan trauma dan ketakutan.

Bagaimanapun, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata, pihaknya telah membawa mangsa ke rumah perlindungan dan memberi bantuan awal kepadanya dari segi psikologi serta keselamatan diri.

“Pihak kedutaan akan membantu mangsa dari segenap aspek termasuk kos guaman dan sebagainya. Mangsa ketika ini semakin baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan dengan telus dalam kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialong dengan Persatuan Perusahaan Tenaga Kerja Indonesia di sini hari ini.

Minggu lalu, seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumah kepada exco dari DAP membuat laporan polis kerana mendakwa dirogol oleh exco tersebut.

Bagaimanapun, exco tersebut tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mengatakan sangat terkejut dengan tuduhan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini