Malaysia catat jualan kenderaan 296,334 buah - Utusan Malaysia

Malaysia catat jualan kenderaan 296,334 buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Industri automotif negara mencatatkan peningkatan 2.3 peratus dalam jumlah jualan kenderaan (TIV) bagi enam bulan pertama tahun ini kepada 296,334 buah berbanding 289,599 buah yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, peningkatan TIV itu disumbangkan oleh kenaikan dalam segmen kenderaan penumpang sebanyak 3.8 peratus atau 9,952 buah.

Beliau berkata, bagaimanapun segmen kenderaan komersial mencatatkan penurunan sebanyak 11.2 peratus atau 3,217 buah pada enam bulan pertama tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jualan pada bulan Mei merupakan yang tertinggi dalam tempoh di bawah semakan dengan jumlah 60,780 buah.

“Prestasi itu dipacu oleh peningkatan kukuh permintaan kenderaan hasil daripada promosi pra-hari raya dan tawaran-tawaran lain oleh ahli MAA,” katanya dalam sidang akhbar di sinj hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini