Malaysia buru slot separuh akhir AFF - Utusan Malaysia

Malaysia buru slot separuh akhir AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketiadaan Australia membuka peluang cerah untuk skuad negara mengintai slot ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2019 yang akan membuka tirai pada 15 Ogos ini di Chonburi, Thailand.

Berdasarkan undian oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Malaysia disenaraikan dalam Kumpuan A bersama-sama juara tiga kali berturut-turut Thailand, Filipina, Singapura dan Timor-Leste.

Juara dua kali, Vietnam pula mengetuai cabaran kumpulan B bersama Myanmar, Kemboja dan Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Australia yang mula membuat penampilan sejak lima edisi lalu mulai 2013, bagaimanapun tidak menyertai kejohanan edisi ke-12.

Skuad negara bimbingan Jacob Joseph akan memulakan saingan dengan menentang Filipina pada 15 Ogos, Singapura (19 Ogos), Timor Leste (21 Ogos) sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Thailand pada 23 Ogos ini.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan layak ke peringlat separuh akhir.

Tahun lalu, Malaysia gagal ke separuh akhir selpas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang Thailand, selaku juara kumpulan dan Australia di tangga kedua.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak (FAM), dalam kenyataan hari ini, berkata seramai 30 pemain disenaraikan untuk sesi latihan pusat dari 15 Julai ini hingga 12 Ogos ini di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak. – BERNAMA

PENJAGA GOL

Nurul Azurin Mazlan (Melaka), Asma Junaidi (Perak), Dhiya Fatihah Ahmad Razali, Olevia Olga Sabrinus (Kedah)

PERTAHANAN

Mira Fazliana Aidi, Malini Nordin, Nurul Ashikin Mohd. Josrie, Maizura Maurice, Jessica Susanne Maili (Kedah);Yasrikalaura Tumas (Perak), Noor Mianah Balanting (Melaka), Noor Hartini Jasni (Selangor)

TENGAH

Nur Faiqah Safira Mohamad Farid (Selangor), Jaciah Jumilis, Alice Mic Micheal, Shereilynn Elly Pius, Haindee Mosroh, Pedrolia Martin Sikayun dan Dadree Rofinus (Melaka)

Eva Olivianie Antinus, Norshahira Suhaime, Nur Farishah Erinna Hisham dan Usliza Usman (Kedah), Siti Nur Izzati Ibrahim (Perak), Norsuraini Mazli (Polis Diraja Malaysia/PDRM)

SERANGAN

Norhanisa Yahya dan Lovelytha Jelus (PDRM), Sihaya Ajad (Melaka), Nur Haniza Saarani (Perak), Nurul Izzati Zainol (Kedah)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini