Malaysia berpotensi tarik pelaburan RM100 bilion hasil nadir bumi - Utusan Malaysia

Malaysia berpotensi tarik pelaburan RM100 bilion hasil nadir bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – ‪Malaysia berpotensi menarik pelaburan berjumlah RM100 bilion bagi tempoh 10 tahun dalam industri hiliran daripada hasil sumber nadir bumi.‬

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, semua pihak yang menyatakan minat tersebut walaubagaimanapun perlu faham dan mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuk membabitkan soal keselamatan serta kesihatan.

Katanya, perkara tersebut telah dilihat dan dipantau pihak berkuasa termasuk daripada luar negara bagi memastikan industri berkaitan dijamin selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendirian kerajaan sangat jelas.Kami mahu menggalakkan pelaburan. Apa yang penting pelabur perlu ikut segala SOP dan amalan.Kita tidak akan berkrompromi dalam isu ini.

“Jika mereka melanggar undang-undang kita akan mengambil tindakan.Niat kerajaan mahu menarik pelabur dan menerokai industri berkaitan nadir bumi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini