STOCKHOLM 19 Julai – Mahkamah di sini pada Jumaat lepas mengarahkan lanjutan tahanan selama satu minggu terhadap bintang rap Amerika Syarikat (AS), Rakim Mayers atau ASAP Rocky yang didakwa terlibat dalam pergaduhan baru-baru ini.
Mahkamah Daerah Stockholm mengeluarkan arahan tersebut pada Julai lalu terhadap Mayers yang masih disiasat berkaitan insiden yang berlaku pada 30 Jun itu.
Mahkamah kemudian memberi tempoh sehingga hari ini kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada ingin meneruskan dengan pendakwaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pendakwaraya bagaimanapun merayu agar tempoh tersebut dilanjutkan sehingga minggu depan memandangkan mereka memerlukan lebih masa untuk menyempurnakan siasatan.
Mahkamah bersetuju dan melanjutkan tempoh sehingga 25 Julai.- AFP











