Mahathir zahir harapan buat negara pada hari ulang tahun kelahirannya - Utusan Malaysia

Mahathir zahir harapan buat negara pada hari ulang tahun kelahirannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun ke-94 kelahirannya hari ini dengan menzahirkan hasrat untuk melihat langkah-langkah yang diambilnya ke arah pemulihan Malaysia, berjalan lancar.

“Impian saya sempena sambutan ini mudah sahaja, semoga saya dapat selesaikan tugas-tugas saya untuk meletakkan Malaysia ke arah pemulihan,” katanya menerusi catatan di sebuah akaun media sosialnya.

“Ia satu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara ini,” katanya dalam catatan yang turut disertakan dengan beberapa foto yang memaparkan wajah Perdana Menteri paling tua di dunia itu, tersenyum lebar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepadanya.

Mahathir, yang merupakan Perdana Menteri ke-7 dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, dan beliau juga adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini