Madagascar intai kejutan ke atas Tunisia - Utusan Malaysia

Madagascar intai kejutan ke atas Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Sebelum sepak mula Piala Negara-Negara Afrika di Mesir, bulan lalu, pemain Madagascar sememangnya terkenal memiliki nama keluarga yang membuat lidah pemang­gilnya terbelit seperti Anicet Andrianantenaina dan Charles Andriamahitsinoro.

Namun begitu, tiada sesiapapun yang mengendahkan keunikan nama penduduk dari kepulauan Lautan Hindi itu, sehinggalah Madagascar mencipta kejutan menewaskan juara tiga kali, Nigeria dan mereka kini bersedia berdepan Tunisia untuk aksi suku akhir.

Jurulatih kelahiran Perancis, Nicolas Dupuis yang membim­bing Madagascar berkata, ke­semua anak buahnya merupakan bintang pasukan itu, walaupun kelibat pemain tengah, Andrianantenaina dan penyerang, Andriamahitsinoro berjaya mencuri perhatian ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Andrianantenaina yang bermain di Bulgaria antara 11 pemain terbaik yang dipilih panel Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) dalam saingan kumpulan, manakala Andriamahitsinoro dengan dua gol yang diledakkan setakat ini melayakkannya merebut anugerah Kasut Emas.

“Jurulatih benar apabila me­nyatakan pasukan adalah bintang dan, kadang kala memang terdapat individu yang menyerlah. Itulah kekuatan kami,” kata Andriamahitsinoro. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini