Lyles lelaki keempat terpantas - Utusan Malaysia

Lyles lelaki keempat terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE, Switzerland – Noah Lyles dari Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai pelari pecut lelaki keempat terpantas dalam sejarah acara 200 meter setelah mengungguli saingan dengan catatan 19.50 saat pada Kejohanan Liga Berlian hari ini.

Sehingga kini Usain Bolt masih lagi memegang rekod terpantas dalam acara tersebut dengan catatan 19.19s. diikuti rakan senegaranya dari Jamaica Yohan Blake (19.26s) dan juara empat kali Sukan Olimpik, Michael Johnson (19.32s).

Ujar Lyles, dia tidak menyangkakan perkara tersebut mampu berlaku selepas dua tahun mencuba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oh Tuhanku, saya bagai nak gila perkara ini boleh berlaku.

“Wahai dunia, saya sudah menanti saat ini sejak 2017, memang lama, namun saya tidak tertekan kerana saya tidak mengambil bahagian dalam kejohanan besar.” kata Lyles kini bersiap sedia untuk cabaran Kejohanan Trek dan Balapan AS yang bermula 25 hingga 28 Julai ini di Iowa.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini