KUALA LUMPUR 17 Julai – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan melaksanakan penutupan sementara satu lorong di PJU 8/1, Damansara Perdana berdekatan Metropolitan Square, Petaling Jaya bermula dari pukul 2 petang hingga 4 petang, hari ini.
Prolintas menerusi catatan di Facebook berkata, tindakan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan konkrit pembetungan paip.
“Pengawal trafik dan papan tanda keselamatan akan diletakkan di kawasan pembinaan. Pengguna dinasihat untuk mematuhi papan tanda amaran keselamatan serta pengawal trafik di lokasi pembinaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











