LONDON – Liverpool menjangkakan mereka akan membuka tirai musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa khidmat Sadio Mane selepas dia membantu Senegal mara ke final Piala Negara-Negara Afrika.
Senegal menewaskan Tunisia 1-0 hasil jaringan sendiri Dylan Bronn dan akan bertemu Algeria di pentas final.
Aksi final kejohanan tersebut berlangsung tiga minggu sebelum Liverpool bertemu pendatang baharu EPL, Norwich dalam aksi pertama liga di Anfield pada 9 Ogos ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bos The Reds, Jurgen Klopp memberi rehat tiga minggu kepada setiap pemainnya dan itu bermakna Mane tidak akan diturunkan dalam aksi menentang Norwich. – AGENSI











