Lima pelancong maut, ribut ganas di Greece - Utusan Malaysia

Lima pelancong maut, ribut ganas di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THESSALONIKI 11 Julai – Ribut ganas membunuh sekurang-kurangnya lima pelancong di utara Greece, malam tadi.

Menurut polis, pasangan Republik Czech maut selepas angin kencang menerbangkan caravan dinaiki manakala seorang lelaki Rusia bersama anaknya dihempap pokok tumbang.

Katanya, seorang lagi mangsa melibatkan wanita dari Romania yang terbunuh selepas terkena serpihan bangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Televisyen awam menyatakan kemungkinan terdapat seorang lagi mangsa ribut itu yang melanda wilayah Khalkidiki berhampiran bandar Thessaloniki. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini