Letupan bom di masjid Afghanistan, tiga terbunuh - Utusan Malaysia

Letupan bom di masjid Afghanistan, tiga terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL – Sebutir bom buatan sendiri yang meletup dalam sebuah masjid di wilayah Ghazni, kawasan terpencil di Afghanistan, telah membunuh sekurang-kurangnya tiga orang. Lapor Anadolu Agency, Nasir Ahmad yang mempengerusikan dewan perhimpunan wilayah itu berkata, insiden letupan bom itu berlaku di pinggir ibu kota wilayah, bandar Ghazni semasa solat Jumaat. Tambah beliau, kesemua mangsa merupakan orang awam. Pejabat Gabenor Wilayah juga memaklumkan antara mangsa yang meninggal dunia adalah seorang kanak-kanak manakala 20 umat Islam yang sedang bersolat mengalami kecederaan. Dilaporkan tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.- BERNAMA

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN