Lesen PSV: Harga tambang e-hailing akan melambung - Utusan Malaysia

Lesen PSV: Harga tambang e-hailing akan melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Harga tambang perkhidmatan e-hailing dijangka akan meningkat terutamanya pada waktu kemuncak sekiranya Kementerian Pengangkutan kekal dengan dasar untuk mewajibkan semua pemandu menduduki ujian lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV).

Hal itu menurut Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai kerana jumlah pemandu e-hailing dilihat akan berkurang memandangkan ramai yang tidak mahu meneruskan kerjaya masing-masing ekoran keputusan kerajaan mewajibkan lesen PSV dalam bulan ini.

“Berdasarkan laporan media, peperiksaan PSV sangat sukar selain memerlukan pemandu terpaksa menanggung sendiri kos peperiksaan dan latihan yang diwajibkan. Ramai pemandu e-hailing yang bekerja secara sambilan telah berhenti disebabkan perkara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Industri e-hailing dijangka kehilangan 50 peratus daripada jumlah pemandu sedia ada. Hal ini akan menyebabkan harga tambang perkhidmatan ini meningkat naik memandangkan kekurangan pemandu ketika waktu kemuncak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic berkata, Kementerian Pengangkutan perlu mengkaji semula kesan pelaksanaan kewajipan lesen PSV bagi pemandu e-hailing bagi mengelakkan industri itu terkesan selain menyebabkan pengguna terpaksa berdepan dengan masalah harga tambang yang tinggi.

Katanya, kementerian juga perlu mempercepatkan pindaan undang-undang lalu lintas bagi membolehkan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan lesen PSV seperti pemandu lain.

“Kita menyokong persaingan sihat antara teksi dan perkhidmatan e-hailing tetapi pada masa sama kerajaan harus menyelesaikan masalah yang timbul selepas mewajibkan lesen PSV bagi pemandu berkaitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini