Lelaki maut Toyota Hilux terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki maut Toyota Hilux terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA 10 Julai – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dan melanggar dua buah kenderaan di Kilometer 30 Jalan Temerloh-Bahau di sini hari ini.

Ketua polis daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Lui Siong Kuan, 69, dalam perjalanan dari arah Kerayong kr Triang di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu mangsa terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sisi belakang kanan sebuah kereta jenis Perodua Kancil seterusnya melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum melanggar tiang elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat kejadian mangsa yang memandu pacuan empat roda meninggal dunia manakala pemandu kereta dan pemandu MPV mengalami kecederaan di bahagian kepala,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera di rawat di hospital yang sama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini