KUALA LUMPUR 17 Julai – Seorang lelaki ditemukan maut selepas jatuh dari sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 1.50 petang itu, mangsa, M. Sri Kumaran, 32, jatuh menghempap sebuah kereta Nissan Grand Lavina yang diletakkan di bawah pangsapuri tersebut.
“Mayat mangsa terperangkap di dalam kenderaan berkenaan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











