PORT DICKSON – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun ditemukan mati tergantung di sebuah rumah kedai di Taman Jimah Jaya Site C, Chuah di sini hari ini.
Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu pada pukul 10.30 pagi.
“Ekoran itu, pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa tergantung di depan pintu biliknya.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang bernama Candra, berumur 41 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. Mayatnya dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Aidi Sham berkata, siasatan lanjut juga tidak menemukan sebarang unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan oleh pihak polis. – UTUSAN ONLINE











