Lelaki Kemboja maut kereta rempuh pokok - Utusan Malaysia

Lelaki Kemboja maut kereta rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Kemboja maut selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhammad Tasnim  Kassim, 22, yang memandu kereta jenis Perodua Viva maut ketika dalam perjalanan ke hospital disyaki akibat kecederaan parah.

Tiga lagi penumpang kereta bagaimanapun hanya cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kemalangan berlaku ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Jalan Masjid Negeri menghala ke Jambatan Pulau Pinang.

“Apabila sampai di kawasan kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri jalan.

“Kereta itu kemudiannya melanggar sebatang pokok,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Che Zaimani berkata, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa perjalanan ke hospital Pulau Pinang.

“Mayat mangsa akan dibedah siasat hari ini bagi mengetahui punca kematiannya.

“Tiga lagi mengsa warga tempatan iaitu wanita berusia 45 tahun, remaja lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun hanya cedera ringan dan mengalami luka-luka,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini