Lelaki ditahan pecah masuk pejabat UMNO - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan pecah masuk pejabat UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Polis menahan seorang penagih dadah dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk pejabat UMNO Bahagian Silam di Bangunan Global Commercial, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Kesan di sebuah bilik pekerja kilang ais di Jalan Dam di sini, pada 1.30 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah masuk serta satu kes Seksyen 379 Kanun Keseksaan (mencuri) selain satu kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya, manakala kes terbaharu ini akan disiasat mengikut Sekysen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nasri, tangkapan dilakukan hasil daripada laporan yang dilakukan pejabat UMNO berhubung kes pecah masuk berkenaan.

“Pengadu iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dimaklumkan oleh kakitangan pejabat mengenai keadaan pejabat (UMNO) berselerak ketika pejabat itu dibuka pada pukul 8.42 pagi, dan dia mendapati dua komputer riba jenama Asus dicuri.

“Suspek dipercayai masuk melalui pintu utama, dengan mengumpil kunci mangga pada pintu pagar besi pintu utama,” katanya.

Tambahnya, pada hari kejadian suspek turut disyaki cuba memecah masuk sebuah bengkel motosikal serta kedai aksesori kereta, berdasarkan kepada keadaan kunci pintu besi kedai berkenaan yang dirosakkan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini