Lelaki dipercayai cabul wanita ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki dipercayai cabul wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul seorang wanita di dalam lif di rumah flat Loke Yew, di sini pada kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 malam ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki lif.

“Ketika berada di tingkat satu, seorang lelaki yang tidak dikenali telah meluru masuk sebelum cuba memeluk mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada seorang lelaki di kawasan tersebut sebelum suspek ditangkap orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rusdi, suspek yang berusia 36 tahun telah dipukul oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Tambahnya, suspek kini direman selama tiga hari sehingga khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini