Laporan PAC tuntutan tunggakan bayaran balik GST dijangka jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Laporan PAC tuntutan tunggakan bayaran balik GST dijangka jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Laporan berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion yang akan dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dijangka menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad dijangka akan membentangkan laporan tersebut.

Noraini menerusi kenyataan semalam berkata, keputusan untuk mempercepatkan pembentangan laporan berkenaan yang pada mulanya dijadual pada hari Selasa, 16 Julai 2019 adalah bagi mengelakkan lebih banyak andaian berhubung laporan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isu tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion itu menimbulkan kontroversi apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika sesi sidang Dewan Rakyat tahun lalu mendakwa wang tersebut ‘dirompak’ semasa kerajaan terdahulu sehingga perkara itu dibawa ke PAC.

Susulan dakwaan oleh Guan Eng itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah membuat laporan polis pada 9 Ogos tahun lalu.

Khairy menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini berkata, beliau bersedia membawa usul untuk merujuk Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya PAC mengesahkan wang bayaran balik GST itu tidak “dirompak”.

Kata Khairy lagi, dakwaan Guan Eng itu mengelirukan Dewan Rakyat dan telah membuat satu tuduhan jahat ke atas pentadbiran terdahulu.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini