Langkah Zii Jia tersekat - Utusan Malaysia

Langkah Zii Jia tersekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Isu konsistensi terus menghantui perseorangan muda negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir pada suku akhir badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Sehari selepas melakar kemenangan sensasi ke atas juara Olimpik, Chen Long dari China, pemain berusia 21 tahun itu ditunjukkan jalan keluar oleh Anders Antonsen dari Denmark 16-21, 11-21.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia, yang menghuni ranking ke-16 dunia di tangan Antonsen, pemain No. 11 dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan kini perlu memikirkan bagaimana dapat menjadikan Zii Jia lebih konsisten sekiranya mahu mencipta kejayaan dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Acara beregu campuran kekal sebagai sandaran terbaik Malaysia di Tokyo apabila terus mencatat keputusan konsisten dengan dua wakilnya mara ke separuh akhir.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menyingkirkan pasangan berpengalaman England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock 21-15, 14-15, 21-15 untuk mara ke separuh akhir.

Pasangan No. 3 negara yang menghuni ranking ke-16 dunia itu kini akan menentang juara dunia dan pilihan utama, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dari China.

Beregu utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula menempah pertemuan sukar dengan pasangan No. 2 dunia, Wang Yilyu-Huang Dongping juga dari China selepas menumpaskan gandingan tuan rumah, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow 21-11, 14-21, 21-14. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini