Lampard tidak ragu kualiti dimiliki pemain Chelsea - Utusan Malaysia

Lampard tidak ragu kualiti dimiliki pemain Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOKOHAMA – Pengurus Chelsea, Frank Lampard percaya skuad kendaliannya masih memiliki kualiti untuk memenangi Liga Perdana England (EPL) dalam musim pertamanya sebagai pengendali pasukan itu.

Bagaimanapun, Lampard hanya perlu bergantung kepada skuad sedia ada memandangkan The Blues berdepan penggantungan dua jendela perpindahan, sekali gus tidak boleh me­lakukan urusan pembelian pemain baharu.

Biarpun berdepan kekangan tersebut, namun Lampard yang juga legenda The Blues melaungkan keyakinan pasukan itu masih memiliki kemampuan untuk mencabar takhta kejuaraan EPL musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu ada jurang perbezaan besar antara pasukan ini dengan pasukan-pasukan besar yang lain, namun kami mampu rapatkan jurang itu menerusi kerja keras serta komitmen tinggi. Ekoran penggantungan jendela perpindahan, kami tidak boleh membawa masuk pemain baharu.

“Setiap hari saya membaca laporan mengenai Manchester City dan Manchester Uni­ted mahu membeli pemain baharu. Mereka melakukan urusan tersebut bagi memperkuatkan pasukan mereka menjelang musim baharu nanti,” kata Lampard.

Lampard yang berada pada musim kedua dalam bidang pengurusan mengakui tertarik dengan kualiti ditampilkan barisan pemainnya sejak mengambil alih pasukan itu selain menggesa pemain-pemain The Blues meletakkan sasaran tinggi musim ini.

“Kami perlu rea­listik tetapi saya percaya pa­sukan ini memiliki kualiti jika dilihat pada pemain yang kami ada seperti Ruben Loftus-Cheek, Callum Hudson-Odoi, Willian, Antonio Rudiger dan Reece James. Walaupun dibarisi pemain muda tetapi saya percaya dengan kemam­puan pasukan ini,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini