Lampard mahu Hudson-Odoi kekal - Utusan Malaysia

Lampard mahu Hudson-Odoi kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON -Pengurus Chelsea, Frank Lampard berharap pemain sayapnya, Callum Hudson-Odoi akan menandatangani kontrak baharu untuk menamatkan spekulasi masa depannya bersama pasukan itu.

Hudson-Odoi, 18, akan tamat kontrak di Stamford Bridge pada musim panas tahun depan sekali gus menarik minat beberapa kelab dari Eropah antaranya gergasi Jerman, Bayern Munich yang dikatakan bersedia dengan tawaran tinggi pada Januari depan.

Setakat ini, The Blues sudah berjaya mengikat perjanjian baharu selama lima tahun dengan dua bintang muda England, Ruben Loftus-Cheek dan Mason Mount.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa pemain muda telah menandatangani kontrak baharu dan akan ada pemain lain mengikut jejak mereka bulan depan atau pada awal saingan musim baharu nanti.

“Tandatangan Mason (Mount) amat penting berdasarkan kecemerlangannya sewaktu beraksi secara pinjaman sebelum ini dan sekarang dia adalah sebahagian daripada skuad utama.

“Ruben (Loftus-Cheek) juga sudah menandatangani perjanjian baharu. Jadi, saya harap Callum (Hudon-Odoi) akan membuat perkara sama dan kekal di Chelsea,” kata Lampard.

Buat masa ini, Hudson-Odoi tidak berada dalam skuad pramusim Chelsea memandangkan pemain skuad antarabangsa England itu masih menjalani proses pemulihan akibat kecede­raan Achilles. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini