Lagi video Haziq tular - Utusan Malaysia

Lagi video Haziq tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai di rakam di Hotel Four Point sekali lagi tersebar dengan memaparkan kelibat Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Video berdurasi lebih tiga minit itu menunjukkan pergerakan Haziq Abdullah berjalan dari lobi hotel menuju ke bilik yang dipercayai didiami Mohamed Azmin.

Selain itu, rakaman itu turut memaparkan individu mirip Setiausaha Sulit Mohamed Azmin, Hilman Idham di tingkat yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelibat Hilman juga dilihat beberapa kali melalui bilik berkenaan antara pukul 12.23 minit tengah malam sehinggalah pukul 12.06 tengah hari.

Haziq Abdullah sebelum ini membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau merupakan individu atas ranjang bersama Mohamed Azmin pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini