RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja yang berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.
Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama sekiranya bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.
Tip senaman berikut boleh diamalkan jika anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:
* Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama satu hingga lima minit.
* Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia boleh membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan
* Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan lima hingga sepuluh kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen











